Wednesday, May 4, 2011

Nak Kahwin---Duit Tak Ada---Hutang Bertimbun---____


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Buat Bakal Pengantin.

Adakah kini anda sedang di alam percintaan? Dan sudah tidak ter"TAHAN-TAHAN" untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih anda? Tetapi.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini, ditambah lagi dengan bebanan pelbagai hutang seperti PTPTN, kenderaan, kad kredit dan sebagainya, menyebabkan anda SUKAR mengumpul wang untuk perkahwinan anda.

Bakal mertua sudah bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.

Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM10,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.


Ikuti berita ini-->

Hutang Kahwin Faktor Rumah Tangga Retak.
Harian Metro 2 Mac 2010

KUALA LUMPUR: Kegagalan pasangan melangsaikan hutang pernah dibuat untuk
menghadapi kenduri besar sewaktu mula memasuki alam rumah tangga dikesan menjadi
antara faktor penyumbang keretakan institusi perkahwinan.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pihaknya mendapati memang ada
kes cerai yang terbawa-bawa dengan masalah untuk membayar hutang terbabit.

Menurutnya, disebabkan hutang itu, ada pasangan mengungkit dikemudian hari dan
secara tidak langsung memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.

Kegagalan membayar hutang terbabit bukanlah faktor besar, cuma sampingan
saja. Berdasarkan kes, kami dapati faktor utama perceraian di pihak suami ialah
tidak bertanggungjawab, suami curang, berfoya-foya, mendera isteri dan panas
baran.

Di pihak isteri pula faktor ialah isteri ingkar perintah suami, kemudian
isteri lari keluar rumah, tak bertanggungjawab iaitu tidak menjalankan tugas
sebagai isteri dengan sempurna, termasuklah tidak patuh, katanya.

Statistik nikah, cerai dan rujuk direkodkan Jais bagi tempoh sehingga Julai
tahun lalu, menunjukkan 2,247 kes perceraian di Selangor, tidak termasuk kawasan
Hulu Langat, manakala rujuk dengan 356 kes dan perkahwinan sebanyak 7,280
pasangan.

Bagi 2008, sebanyak 16,021 pasangan direkodkan melangsungkan perkahwinan
manakala perceraian 4,069 kes, dengan rujuk 628 kes, meningkat berbanding tahun
sebelumnya dengan 14,747 perkahwinan, 3,685 kes cerai dan 521 kes rujuk.

Mohd Hidayat berkata, pihaknya menyedari dengan angka kes perceraian yang masih
kurang memuaskan dan untuk itu pelbagai usaha dilakukan, termasuk memperkenalkan
program keluarga sakinah.

Katanya, program keluarga sakinah membabitkan lima modul dilancarkan Februari
lalu dijangka dapat mengurangkan kadar perceraian sekali gus memperkasakan
institusi perkahwinan pasangan Islam. Modul program terbabit digarap dengan
sempurna, menyentuh pelbagai aspek seperti akidah, kehidupan berkeluarga dan
bermasyarakat, kesan gejala sosial seperti akibat daripada perzinaan dan maqasid
(kepentingan) syariah, katanya.

Pelaksanaannya bukan saja tertumpu di ibu pejabat Jais, tetapi turut
diperluaskan ke semua pejabat agama daerah dan tidak hanya terbatas di masjid,
malah boleh disampaikan di pelbagai institusi, katanya.

Beliau berkata, Jais juga sentiasa mengalu-alukan kunjungan pasangan Islam yang
menghadapi kemusykilan dan masalah di alam rumah tangga.

Kami di seluruh negeri mempunyai unit khidmat nasihat bersedia menerima
kehadiran mana-mana pasangan untuk mendapatkan kaunseling dan nasihat, supaya
dapat mengekalkan keharmonian rumah tangga, katanya.

Oleh sebab itulah, adalah amat penting untuk anda menguasai ilmu menguruskan kewangan sewaktu anda masih bujang lagi. Ianya bukan sahaja akan dapat menyelesaikan masalah tidak cukup duit kahwin, tetapi ia juga membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih cemerlang selepas berumahtangga.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memperkenalkan kepada anda, sebuah ebook yang akan memberikan panduan kepada anda. Mengenai cara-cara yang betul di dalam menguruskan wang anda, dan seterusnya, akan membantu anda di dalam menyelesaikan masalah TIDAK CUKUP DUIT KAHWIN. Dapatkannya di sini.


Rujukan: www.mohdsuhaimy.com

No comments: