Assalamualaikum dan Salam Hormat.
Boleh dikatakan semua orang mampu menulis resume dengan hanya melihat contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume sahaja tanpa melihat kepada strategi penghasilan resume yang menarik dan memikat, anda mungkin akan mengalami sedikit masalah. Masalah yang saya maksudkan ini adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat.
Saya berikan satu contoh seperti “bernyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh bernyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang betul, ada yang tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – dalam erti kata lain mendatar sahaja dan tiada seorang pun rela mendengar. Mungkin anda seorang sahaja yang sudi mendengar. Cuba anda lihat kartun Doraemon – Giant menyanyi penuh semangat tetapi semua orang tutup telinga…hehe..
Baikhlah, contoh ini saya kaitkan pula dengar penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Maksud saya resume yang dihasilkan kurang menarik jika bakal majikan melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada resume anda. Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk pastikan bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal majikan.
Ramai diantara kita yang menulis resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri. Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja. Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis satu resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan resume sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk resume anda dipilih ke temuduga.
Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam resume anda, pastikan jangan ada unsur-unsur penipuan. Anda perlu jujur dalam penulisan resume. Sebaik mana pun resume anda, tetapi jika terdapat unsur penipuan anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika resume anda berjaya dipilih untuk ditemuduga nanti. Kantoinya berkali-kali ganda.
Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat anda mohon kerja terlebih dahulu kemudian penuhi kemahuannya melalui resume anda. Contohnya seperti menjawab ujian ‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana resume anda mampu memikat bakal majikan anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini.
-Syed Faiz
Admin www.resumekerja.com
1 comment:
Saye dah try tengok bende ni.. Bagus! Memang berkesan la. Walaupon saye kerje sendiri, tapi buku ni memang sesuai tok bakal2 graduan.. Resume tu penting utk panggil temuduga (swasta) dan utk krajaan kene bawak mase temuduga.. Kadang2 tu resume budak2 SPM lebih baik dari fresh graduet (dorg banyk copy pest dari web).. Jagn marah ye... Hehehe..
Post a Comment